.:AT-10-TION:.

HARAP MAAF diatas segala kesulitan. owner blog ini terlalu sibuk dengan dunia universiti. xsempat nak post pape. HAFAP MAAF la ek.
tq :)

Thursday, December 23, 2010

.CUPCAKE CINTAKU.(3)

Sudah hampir setengah jam Adam menunggu ketibaan Intan di hadapan kedai S&J,One Utama Shopping Center. Selepas sahaja mendapat massage dari Intan yang mengatakan dia sudi keluar dengannya, dengan pantas Adam bersiap dan menuju ke One Utama. Dia tidak mahu lewat dan tidak mahu Intan pula yang menunggu dirinya. Jam yang ada dipergelangan tangannya sudah berkali-kali dia melihatnya. Setakat ini tak ada pula Intan menghantar massage yang mengatakan dia tidak jadi datang. Macam-macam benda yang berlegar difikirannya sekarang ini. Tiba-tiba..

“Assalamualaikum Adam.”
“Eh. Intan. Waalaikumsalam.”
“Maaf ye. Saya lambat sampai. Housemate saya ni tetiba pulak nak ikut. Boleh ke?”
“Oh. Tak apa. Saya tak kesah pun.”
“Ye ke tak kesah kitaorang kacau daun ni?”Tanya Farah.
“Betullah. Adam tak kesah pun. So, kita nak ke mana dulu?”
“Apa kata kita pergi beli tiket movie dulu. Karang penuh pulak.”jelas Nora.
“Okaylah. Kalau macam tu. Kita nak tengok cerita apa?”
“Apa kata kita tengok cerita Rapunzel. Nak tak?”tanya Nora
“Awak okay tak Adam?”soal Intan.
“Saya tak kesah. Ikut Intan lah.”
“Okaylah kalau macam tu. Jom.”

Kami pun menuju ke gsc yang terletak ditingkat atas bangunan. Betul juga kata Nora tadi. Memang ramai yang sedang beratur untuk membeli tiket movie yang mereka mahukan. Adam dengan rela hati ingin membeli tiket untuk kami semua. Sementara menunggu tiket movie kami sampai, kami bertiga, iaitu Intan, Nora dan Farah sempat pergi ke kedai-kedai kecil yang terletak berhampiran dengan gsc. Macam-macam makanan yang ada. Hampir 15 minit juga untuk menunggu Adam. Akhirnya, dapat juga tiket wayang yang kami mahukan.

Kali ini giliran Nora dan Farah pula yang beratur untuk membeli popcorn serta minuman. Kalau Nora sorang, tak termampu pulak dia nak bawa makanan itu nanti. Sementara itu, Adam mengajak Intan untuk ke kedai buku yang berhampiran. Katanya mahu melihan buku komik yang terbaru. Setelah Farah dan Nora selesai membeli makanan, kami pun menuju ke hall yang tertera number yang sama dengan tiket kami. Kami pun menikmati cerita yang bakal kami saksikan ini.

“Uh. Habis juga cerita ni. Terasa pulak nak bela rambut panjang. Karang senang nak turun dari bangunan tinggi cam si Rapunzel tu.haha.”jelas Nora.
“Ish kau ni. Ada-ada je lah. Lepas ni kita nak kemana?”tanya Farah.
“Kita solat zohor dululah.”jelas Adam.
“Okay. Jom.”

Beberapa minit kemudian..

“Aku laparlah. Kita pergi makan jom.”jelas Nora.
“Kau ni. Dah lah tadi habiskan popcorn tu. Ni boleh pulak lapar lagi.”
“Ala. Tu makanan ringan. Kali ni nak yang berat pulak.”
“Yelah-yelah. Jom lah.”
“Kita nak makan di mana?”tanya Adam.
“Kita makan kat tempayaki jom.”jelas Nora.
“Okay. Jom.”


--- ---- ---- ---- ----- ----

Tepat pukul 9 malam, mereka bertiga tiba dirumah sewa meraka. Dengan tangan Nora yang penuh dengan beg plastic mahupun beg kertas yang menandakan dia telah bershopping sakan hari ini. Farah dan Intan hanya membeli barang-barang yang dirasakan perlu. Kemudian masing-masing masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat. Maklumlah, esok dah keje.

Semasa Intan mahu melelapkan mata, handphone nya berbunyi. Gerangan siapakah yang menelefon malam-malam buta begini. Ish. Sibuk betullah. Aku nak tidur tau tak. Nama Adam yang tertera di skrin tersebut.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Jawab Intan.
“Maaf. Saya ganggu malam-malam macam ni. Awak dah tidur ke?”
“Belum lagi. Kenapa call saya ni?”
“Maaf yer. Saya saja je nak call. Thankz ye sudi keluar dengan saya hari ni.”
“It’s okay. Thankz juga kat awak. Sanggup layan kawan-kawan saya tu. Dieorang memag macam tu.”
“Saya tak kesah. Okaylah. Saya tak nak ganggu awak nak tidur. Good nite. Sweet dream. Hopefully, see you tomorrow.”
“Okay. Good nite. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Balas Adam.
Akhirnya terputus juga panggilan tadi. Bolehlah aku tidur sekarang.

----- ----- ----- ----- ----

Sedar tak sedar, sudah hamper 3 bulan Intan menerima jambangan bunga yang tidak tahu dari siapa gerangan yang memberi kepadanya. Jambangan bunga itu pasti akan di hantar pada setiap hari khamis. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Entahlah. Rasa macam di perhatikan pun ada.
Malam ni Farah ajak aku dengan Nora sambut New year kat KLCC. Pasti sesak. Itu yang aku tak suka. Tapi disebabkan cik Farah ni beria-ia mahu celebrate, kenalah gak ikut cakap dia. Jadi hari ini kami pun minta kerja separuh hari. Lagi pun tanpa di duga, Cafe pun nak tutup separuh hari. Ini mesti kes ramai yang mintak kerja separuh hari.

 --- ---- ---- ---- ----- ----

“Korang ni lamanya bersiap. Penat tau aku tunggu.”jelas Intan.
“Ala. Bukan selalu.haha. Betul tak Farah.”balas Nora.
“Betul,betul,betul. Haha.”
“Jomlah. Karang sesak lah. Aku dah lah tak suka tempat sesak ni.”
“Yelah. Lepas sampai sana nanti, kita makan dulu yer. Hehe.”
“Baiklah CIK NORA.”

Kami pun bergerak menuju ke KLCC dengan menaiki kereta Myvi milik Farah. Dengan pantas seperti kilat, sekejab je kami sudah sampai di destinasi yang kami mahukan. Kemudian, kami menuju ke McDonald untuk menjamu selera. Sementara menunggu malam tiba, kami pun sempat ber”window shopping”. Tengok-tengok mana tahu ada barang yang dimahukan. Usha-usha lah dahulu.
Selepas solat magrib di surau, kami mengisi masa lapang dengan mengambil gambar disekitar KLCC. Cantik permandangannya pabila malam. Kemudian kami menuju ke secret recipe.

“Intan, cuba kau tengok mamat yang kat hujung tu.”
“Mana. Ramailah. Yang mana satu.”
“Ala. Yang pakai jaket kulit hitam tu. Yang macho tu. Nampak tak?”
“Erm. Kenapa? Ada apa dengan mamat tu?”
“Kau rasa pernah Nampak dia tak?”
“Entahlah. Napa? Kau berkenan ke? Haha.”
“Ish kau ni. Aku macam pernah Nampak dialah. Tapi dimana yer?”
“Kau kan semua laki yang cute, yang macho, semuanya kau pernah Nampak.”jalas Farah.
“Hahaha. Aku setujulah ngan kau Farah. Haha.”
“Ish korang ni. Ha! Aku Nampak dia kat cafe kitalah. Dia selalu gak datang cafe kita. Kau tak perasan ke?”
“Mana lah aku nak perasan. Kan ramai yang datang. Lagi pun kan aku bz. Ke hulu, ke hilir. Tak macam kau. Duduk kat mesin tu je. Sempatlah dok usha mamat-mamat kat cafe tu.”
“Hehehe. Sambil menyelam, minum air.”

 --- ---- ---- ---- ----- ----

“Ush. Ada pompuan ngan usha kitalah.”jelas Akim
“Mana. Nak jugak aku tengok. Lawa tak?”tanya Aiman
“Ish korang nie. Pantang ada yang dahi licin. Tajam bebenor mata tu.”jelas Afiq
“Ala. Alang-alangkan. Haha. Wei kim, mana. Pompuan yang mana? Yang meja mana?”
“Ala. Yang dekat ngan pintu tu. Ada tiga orang. Nampak tak?”

Aik. Macam pernah nampak je dieorang ni. Tapi kat mana ye. Erm. Fikir jab.

“Yang baju merah tu ke? Boleh tahan juga dieorang tu. Haha.”

Ha! Baru aku ingat. Aku pernah nampak dieorang kat CINTA CAFE. Ish. Boleh pula jumpa dia kat sini. Dah lah aku main pakai apa yang tercapai.

“Jomlah. Kita kuar pergi dataran. Aku nak usha-usha view kat luar tu untuk tambah collection album aku tu.”
“Yelah. Kau ni memang tak habis-habis ngan DSLR kau tu. Jomlah.”
“Erm, korang pergi dululah. Aku nak ke toilet jab.” Jelas Afiq
“Okay. Karang roger-roger lah yer.”
“Okay.”

 --- ---- ---- ---- ----- ----

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
“Boleh saya duduk?” soal Afiq.
“Duduklah.”balas Nora.
“Sorry klu I ganggu you all. It’s okay I kacau ni?”
“Tak apa. Jab. U ni selalu lepak kat CINTA CAFE kan?”
“A’ah. Macam mana U tahu?”
“Budak ni memang tahu semunya.”jelas Intan.
“OOhh. Buat apa kat sini? Celebrate New Year ke?”
“A’ah. U pun sama ke?”
“A’ah. Lupa pulak nak kenal kan diri. Nama I afiq.”
“Panggil I Nora. Yang ni Farah. Makcik ni pulak Intan.”
“Ish kau ni. Panggil aku makcik pulak. Siap lah kau nanti.”
“ Wek-wek. Haha.”

Sembang punya sembang, sampai kedai pun nak tutup. Jadi kami pun berjalan-jalan keluar dari bangunan KLCC ni. Afiq pulak mahu jumpa dengan kawan-kawan dia semula. Keadaan di luar sangat-sangat sesak. Ramai sangat yang membanjiri KLCC ni. Ini yang aku paling tak suka. Karang mesti ada agenda tolak menolak. Tak suka. Tak suka.

 --- ---- ---- ---- ----- ----

“Woi, kau pergi mana. Lama betul. Berak batu ke ha?”tanya Akim.
“Hehehe. Sorry lah. Tadi aku terserempak dengan kawan aku. Tu yang borak panjang. Tak perasan pulak lama. Relax la babe.”
“Eleh. Ke kau pergi usha awek baru? Haha. Bukan nak ajak kita orang.”
“Tak adalah. Aku jumpa kawanlah. Jomlah ke sana. Karang makin sesak pulak.”
“Jom.”
Keadaan sekeliling sangat-sangat sesak. Dengan ramai orang serta bunyi bising. Biasalah. Tiap-tiap tahun, mestilah macam ni. Semua orang excited sangat nak tunggu tahun baru. Karang pasanglah azam baru. AZAM? Yelah tu. Azam yang lama tu dah tertunai ke?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...